KENAPA KUCING PERLU DISIKAT ?

Grooming kucing bermula dengan memberus atau menyikat bulunya.

 

KENAPA KUCING PERLU DISIKAT ?

Kucing adalah haiwan yang pembersih. Jika anda seorang peminat si comel berkaki empat ini, selain daripada pentingnya bermain-main dengan kucing peliharaan anda itu, anda sepatutnya tahu yang grooming kucing juga adalah satu rutin yang amat penting bagi menjaga kebersihan dan kesihatan si comel ini.


Grooming kucing bermula dengan memberus atau menyikat bulunya.

Ini penting supaya bulu kucing sentiasa rapi, tidak berpintal atau bergulung. Bulu kucing sentiasa gugur dan akan tumbuh semula. Bulu gugur boleh masuk ke dalam perut atau usus kucing anda – bila menjilat badan – lalu berkumpul dengan banyak dan akhirnya menggumpal menjadi bebola bulu (hairballs).

Sebenarnya, kucing boleh memuntah keluar gumpalan bebola bulu ini TETAPI kebanyakan kucing susah nak menyingkirkannya sendiri. Perlukan bantuan dari si tuannya. Jadi, menyikat atau memberus bulu kucing boleh membuang bulu yang gugur. Anda tak mahu ada gumpalan bola bulu dalam perut mereka.


KENAPA KUCING PERLU DISIKAT ?

Sebab apa kucing harus disikat?

Sebab hairballs ini sangat berbahaya kepada kucing. Lagi teruk kalau banyak sangat sampai saluran pemakanannya jadi tersumbat.

Ada kucing yang berbulu panjang. Ada juga yang pendek atau medium. Dan ada juga kucing yang tak berapa nak berbulu langsung. ‘Google’ saja tentang baka kucing kalau nak tahu dengan lebih lanjut.

Kucing berbulu panjang ini perlu disikat hari-hariKalau pendek atau medium, seminggu sekali pun tak apa. Kalau yang tidak berbulu tu… tahu-tahu sendirilah ya!

Teknik betul menyikat bulu kucing anda adalah dari hadapan (kepala) ke belakang (ekor), mengikut arah bulu tumbuh. Sikat sebelah badan dulu berberapa kali, dan lepas itu alih ke sisi badan satu lagi.

Semasa tengah menyikat tu, selak-selak sikit bulunya. Tengoklah kalau ada ketulan/gumpalan bulu yang tersimpul atau tergulung; dan tengok-tengokkan kalau ada jangkitan kulit (seperti ringworm), kehadiran kutu dan telurnya di mana-mana.

Kebanyakan orang selalu terkeliru dengan ringwormRingworm sebenarnya adalah sejenis penyakit kulit yang sangat berjangkit disebabkan oleh FUNGI atau kulat mikroskopik. BUKAN cacing parasit. Ringworm kelihatan seperti kudis yang berbentuk bulatan atau cecincin kemerahan, atau tompokan kulit yang keras dan seperti bersisik, dan jika dibahagian berbulu, botak kecil terjadi akibat keguguran bulu.

Hati-hati juga ya….

Apabila hendak menyikat bulu kucing, jauhkan daripada muka, dan bagi sesetengah kucing pada kaki (paw) -nya. Takut nanti tangan ada pula yang “disikat” dengan kuku tajamnya. Hahaha…

Anda boleh menyikat bulunya seperti anda sedang membelai atau mengusapnya. Tak apa! Kucing tak kisah kalau macam tu. Sebenarnya , kalau anda mula biasakan rutin ini sejak mereka kecil lagi, mereka pasti sudah terbiasa apabila sudah besar dan sesetengahnya siap tertunggu-tunggu lagi untuk di-grooming. Senanglah kerja anda!

Setiap kali anda grooming kucing, anda harus selalu lebih peka dan teliti. Tak mengapa….. Buatlah kerja lebih sikit, janji mereka sihat. Kucing adalah haiwan manja. Jika mereka kerjasama semasa sedang di-grooming, pujilah mereka sikit.

Belai mereka dan beri mereka ganjaran. Jika kucing anda meragam atau buat hal, jangan marah atau memukul, tetapi biarkan mereka dulu dan esok-esok cuba lagi!

Dapatkan Sikat Untuk Si Oyen

KENAPA ANDA HARUS SIKAT KUCING  DAN CARANYA


KENAPA ANDA HARUS SIKAT KUCING  DAN CARANYA

1. Kurangnya bebola bulu (hairball)

Yea memang bebola bulu ni perkara biasa bagi kucing walaupun bebola bulu yagn terkumpul selama berbulan bulan boleh mendatangkan masalah pada kuicng. Walaubagaimanapun kucing anda boleh memuntahkan bebola bulu yang ada dalam perut mereka. 

Ada kes kucing tidak mampu memuntahkan bulu bulu yang terkumpul itu. Jadi adalah lebih elok jika kita membantu mengurangkan sedikit pengumpulan bulu dalam perut si bulus kita kan. 

Dengan memberus kucing anda dengan kerap, ini akan membantu mengeluarkan lebihan bulu dan juga bulu mati. Jadi bila kurangnya bulu m4ti dan gugur bila kucing anda merapikan diri mereka jadi kuranglah untuk mereka menelan bulu bulu berlebihan itu.


2. Boleh mengurangkan keguguran bulu

Dengan memberus kucing anda secara kerap katakan dalam sehari sekali mahupun selang dua hari akan mengurangkan lebihan bulu. I

ni bermakna tiada lagi bulu gugur di atas lantai, bulu melekat pada perabot dan ini bermakna tiada lagi bulu kucing melekat pada pakaian anda.


3. Membersihkan sisa kutu pada bulu kucing

Memberus kucing adalah cara yang paling bagus untuk menghilangkan sisa kutu atau bahasa yang paling mudah faham adalah tahi kutu pada bulu kucing anda, jadi anda boleh tahu yang perosak kecil ini cuba untuk bersarang pada kucing anda. 

Yea memang anda patut pastikan bulu kucing anda bebas kutu dengan mengambil ubat kutu secara berkala dan juga penghalang parasit untuk melindungi kucing anda dari masalah kesihatan seperti alergi dermatitis kutu, anemia mahupun heartworm.


4. Perapian yang bebas kesakitan

Jika anda mempunyai kucing yang sudah tua atau kucing yang mempunyai arthritis atau apa sahaja isu pergerakan yang menyebabkan kucing kucing ini sukar untuk merapikan diri sendiri jadi mereka amat bersyukur sekiranya anda memberus mereka.


5. Mengukuhkan ikatan antara kucing anda

Jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing anda akan perasan yang mereka saling merapi antara satu sama lain. 

Kucing lakukan ini untuk mewujudkan kepercayaan dan menunjukkan kasih sayang. 

Jadi memberus dan merapikan kucing anda, anda dapat membantu membina kepercayaan yang sama dan dapat menunjukkan kucing anda yang anda menyayanginya.


6. Membersihkan bulu kucing anda

Bila berus kucing ni bukan setakat bulu m4ti sahaja yang boleh dikeluarkan, malah segala kekotoran, habuk-habuk, debu-debu yang melekat pada bulu kucing akan juga dapat dikeluarkan. Kucing yang suka keluar rumah ni eloklah diberus setiap hari.

KENAPA KUCING PERLU DISIKAT ?

Bagaimana hendak memberus kucing anda?

Berita baiknya kebanyakan kucing suka apabila diberus dan dirapi. Walaubagaimanapun ini merupakan cara-cara untuk membiasakan kucing anda dengan rutin yang baru ini:

Selesakan kucing anda

Untuk mula memberus, pastikan kucing anda selesa dan membenarkan diri mereka dipegang. Berus bulu mereka dengan perlahan untuk melihat sekiranya kucing anda dalam mood yang baik.

Berus dengan perlahan-lahan

Mulakan memberus dengan pergerakan yang perlahan-lahan. Mula berus di kawasan yang kucing anda suka dibelai seperti contoh di bawah dagu, belakang dan di telinga.

Berus di kawasan yang lain

Jika kucing anda da mula suka apabila diberus, anda boleh cuba bergerak di kawasan yang sensitif seperti di perut kucing. 

Jika kucing anda mula menggigit atau mencakar anda, sila berhenti berus di kawasan tersebut. 

Kembali semula memberus di kawasan yang disukai kucing. Lama kelamaan kucing akan membenarkan anda memberus di kawasan sensitif mereka setelah kepercayaan mula terbina antara anda dan kucing anda.

Beri ganjaran

Apabila selesai memberus, beri kucing anda masa bermain ataupun snek istimewa jadi kucing anda akan mula suka untuk diberus kerana adanya ganjaran sekiranya sudah selesai sesi memberus.