MAKANAN TAMBAHAN KUCING

Benarkah makanan tambahan dan supplement kucing begitu berkesan?

 

MAKANAN TAMBAHAN KUCING

Kerapkali aku terbaca tentang makanan tambahan untuk kucing sihat, gebu dan cantik. Kebanyakannya akan mengatakan kebaikan tentang produk masing2 dan tentunya ianya amat menarik untuk dibaca dan dicuba ke atas kucing2 kesayangan..sudah tentu harganya tak la semurah mana.. 

Emm, tak sangka ye ada juga makanan tambahan untuk kucing..selama ini aku kerap diajukan tentang keperluan, kebaikan dan bermacam2 lagi pertanyaan berkaitan makanan tambahan atau vitamin untuk manusia. 

Dapatkan Makanan Tambahan Untuk Kucing Anda

Sebagai seorang doktor aku lebih kerap menasihatkan pesakit2 aku supaya bersederhana dalam pemakanan dan juga pengambilan makanan tambahan atau vitamin, kerana jika kita nak ambil semua supplement yang disyorkan oleh doktor, pegawai farmasi, rakan2 dan keluarga, rasanya boleh penuh sepinggan! 

Rasanya untuk kucing juga kita perlu mengamalkan sikap yang sama..bersederhana dan bergantung pada keperluan, itu pendapat aku

Jadi, aku luangkan sikit masa untuk membaca tentang keperluan makanan tambahan atau supplement dan vitamins untuk kucing2..dan ingin aku kongsikan sebagai menambah pengetahuan sesiapa yang berminat mengetahuinya.

Benarkah makanan tambahan dan supplement kucing begitu berkesan? Dan, adakah kucing2 kita memerlukan makanan tambahan dan supplement? Itu semua bergantung kepada siapa kita bertanya..

Kebanyakan pengeluar produk makanan tambahan dan supplement serta penjual2nya akan mengatakan produk mereka perlu dilihat sebagai satu pelengkap kepada pemakanan harian kucing, dan ianya sudah pasti akan memastikan kucing kita sihat serta panjang umur. 

Bagi kumpulan yang lain seperti ahli2 pakar pemakanan untuk kucing akan mengatakan jika kucing kita secara kasarnya nampak sihat dan aktif, apa yang dia perlukan ialah makanan kucing yang berkualiti, kerana memberi kucing kita terlalu banyak vitamin dan minerals boleh membawa mudarat dari kebaikan sebenarnya.


"Supplement boleh diberikan jika kucing kita kurang sihat"


Menurut University of Georgia College of Veterinary Medicine, kebanyakan kucing yang dibela mendapat pemakanan yang lengkap, lebih lengkap dari manusia. Pada keadaan tertentu dimana kucing menghidapi penyakit maka suplement bersesuaian boleh diberi, tetapi kebanyakan supplement atau makanan tambahan ini tidak dibuktikan dan diuji secara klinikal mengikut Sains Veterinari.


" Supplements are supposed to correct deficiencies"


Sebagai contoh, kucing kita mungkin memerlukan supplement jika dia menghidapi penyakit yang menyebabkan kegagalan menyerap nutrien tertentu, seperti masalah penyakit melibatkan usus kecil yang menyukarkan penyerapan Vit B Folate dan cobalamin yang boleh diberikan melalui suntikan. 

Kucing yang bunting atau menyusukan anak juga boleh mengalami kekurangan zat makanan, terutamanya jika kucing tersebut hamil sebelum berusia 10-12 bulan. Dalam keadaan sebegini, seorang veterinar akan mencadangkan makanan tambahan atau supplement yang bersesuaian.


MAKANAN TAMBAHAN KUCING

Jenis supplement atau makanan tambahan untuk kucing:

Vitamin dan mineral:

Terdapat berbagai vitamin atau multivitamin untuk kucing. Bagaimanapun, kebanyakan makanan harian kucing yang sedia ada mengandungi multivitamin dan mineral yang  mencukupi dan diperlukan oleh kucing.

Essential Fatty Acid:

Omega 3 FA dan Omega 6 FA memang dikenali dengan kebolehan untuk menjadikan bulu kucing berkilat dan kurang gugur @ shedding. Ia juga memberikan perlindungan kepada hati, otak, sistem imun, mata dan sendi2. Seperti juga pada manusia, omega 3 FA memberikan perlindungan kepada jantung serta menurunkan paras kolesterol. Kebanyakan makanan kucing mengandungi omega 6 FA berbanding omega 3 FA, jadi ada yang merasakan ianya perlukan tambahan supplement.

Probiotics:

Probiotik merupakan bakteria baik dan sihat yang mampu memperbaiki sistem penghadaman dalam usus besar dengan cara mengawal pertumbuhan bakteria jahat. Ianya terdiri dari Lactobacillus acidophillus atau Lactobacillus casei(yg biasa didapati dalam yogurt). 

Nutraceuticals:

Nutraceuticals terdiri dari remedi semulajadi atau herba, yang turut diklasifikasikan sebagai supplement, walaupun ianya masih samar2. Sebahagian menganggapnya sebagai makanan tambahan pelengkap, manakala sebahagian menganggapnya ubat yang menyembuhkan. Perlu diingat, remedi semulajadi tidak semestinya semuanya selamat digunakan atau berkesan.


Diantara supplement yang termasuk dalam kategori nutraceuticals untuk kucing ialah:

Glucosamine: membantu meningkatkan mobiliti sendi dan sering dianggap ubat utk athritis, walaupun ianya tidak mengurangkan kesakitan sendi.

Chondroitin: juga bagus untuk tulang dan sendi, sering didapati bersama dengan glucosamine.

Milk thistle: Extrak Milk thistle boleh membantu mengurangkan toksin dari hati kucing, dan ia mungkin boleh digunakan bagi kucing2 dengan masalah hati. 


MAKANAN TAMBAHAN KUCING

Supplement yang perlu dielakkan dari kucing:

Terdapat banyak supplement yang tidak selamat untuk diberikan pada kucing tetapi yang paling utama untuk dielakkan adalah seperti:

# Garlic @ bawang putih: memusnahkan sel darah merah, menyebabkan anemia 

# Onion @ Bawang merah: memusnahkan sel darah merah, menyebabkan anemia

# Kalsium: jika berlebihan menjadi toksik

# Vitamin D: jika berlebihan menjadi toksik

# Vitamin C: jika berlebihan boleh menyebabkan urin yang asidik, dan boleh menyebabkan pembentukan crystal dalam urin serta blok pada saluran kencing.

Supplement yang berlebihan sudah pastinya boleh mendatangkan mudarat pada kucing. Kurangkan memberi supplement yang berganda kerana mungkin ada yang sudah terdapat dalam supplement pertama, juga ada pada supplement kedua. Sebaiknya dapatkan nasihat dari pakar atau veterinar sebelum mendapatkan sebarang supplement untuk kucing.

Kucing dari peringkat umur yang berbeza memerlukan keperluan yang berbeza..jadi kita kena berhati2 dalam memastikan supplement yang kita beri jika perlu itu tidak memudaratkan kucing kita.

"Remember, more is not always better

Sumber: KucingkuDuniaku