CAT WARNA YANG SESUAI UNTUK BILIK TIDUR
MEMILIH warna cat bilik tidur kebiasaannya bergantung kepada citarasa peribadi dan minat setiap individu terhadap warna tertentu. Bagaimanapun secara psikologi, pemilihan warna bilik tidur dapat mempengaruhi kemampuan kita untuk tidur lena pada waktu malam.
Warna-warna tertentu dapat membuatkan kita lebih tenang manakala ada pula yang akan merangsang pemikiran dan membuatkan kita berjaga.
Secara umumnya, pilihlah warna yang lebih redup pada dinding bilik tidur. Terdapat beberapa warna yang boleh membantu kita tidur lebih nyenyak.
Warna cat memang sangat penting sebab ia boleh membuat ruang nampak luas, kecil, terang, ceria, suram dan macam-macam lagi.
Cat dinding rumah juga mampu mengubah suasana sesuatu ruang dan boleh diserasikan dengan hiasan-hiasan lain mengikut citarasa masing-masing.
Selain daripada memberikan aura yang tersendiri, warna cat dalam rumah juga mempunyai makna yang tertentu dan dapat memberi kesan kepada emosi anda.
Setiap cat warna pula memberi maksud tersendiri dan boleh mempengaruhi mood anda. Jadi kena pandai pilih!
Memang ada pelbagai warna dan bila tiba masa untuk memilih, boleh rambang mata bila pergi ke kedai cat. Dalam katalog cat tu boleh kata ada 1001 warna cat rumah, berbeza-beza pula jenis dan kualitinya.
Sumber: Property Guru
Bilik Tidur
Mari kita mula dengan bilik tidur, ruangan paling penting untuk semua sebab inilah tempat nak berehat dan ‘release stress’. Jadi, suasana kenalah selesa, tenang dan aman setiap kali melangkah masuk ke dalam bilik beradu tu.
Jadi, apa kombinasi terbaik untuk dicuba?
Cat Warna Kuning & Kelabu Gelap
Warna kuning saja akan nampak terlampau terang dan jika kelabu gelap saja yang digunakan bilik akan nampak malap. Tapi, bila digabungkan, dua warna ini memberikan kontra yang sangat unik dan ceria.
Cat Warna Hijau Emerald & Merah Jambu
Bagi yang sukakan ketenangan dan ada unsur-unsur feminine, gabungan cat warna hijau dan merah jambu amatlah sesuai. Warna hijau emerald memang sangat cantik dan bila digabung dengan merah jambu, masuk bilik terus rasa nak beradu.
Cat Warna Merah Rubi & Taupe
Warna taupe itu sendiri agak lain dari yang lain. Ia adalah campuran abu-abu dan coklat dan bila disesuaikan dengan warna merah rubi, bilik akan terus nampak ekslusif dan luar biasa.
Cat Warna Emas & Hitam
Pada yang sukakan warna ala-ala kayangan, inilah gabungan warna untuk anda. Ternyata ruang tidur yang berwarna emas dan hitam memang akan tampak lebih elegan dan mewah. Ditambah pula dengan dekorasi eksklusif, memang tidur macam raja!
Cat Warna Ungu & Coklat
Mungkin ada yang rasa gabungan warna ini sangat pelik. Tapi, bagi yang mencari cat warna yang serasi tetapi agak jarang digunakan, ungu dan coklat adalah warna yang sangat secocok. Cantik kan?
Kuning & Kelabu
Sienna Orange (1779)
Platinum (9911)
Crazy Daisy (Y4-A1-1)
Fifth Avenue (1078K)
Corn Yellow (561)
Graycloth (494)
Hijau Emerald & Merah Jambu
Emerald Jade (7390)
Pinkkins (2612)
Flower Stem (G4-B1-1)
Pink Cashmere (P5-A2-1)
Emerald (1509)
Sakura Red (375)
Merah Rubi & Taupe
Molten Copper (2791)
Sun (1369)
Eclare (R7-D1-1)
Thatch (Y3-B2-1)
Ruby Red (496)
Dry Bamboo (490)
Emas & Hitam
Regal Yellow (1501)
Black (0099)
Basket of Gold (Y1-A1-1)
Magic Noire (B5-E1-1)
Sunflower (1505)
Black (144)
Ungu & Coklat
Lunar Plum (4150)
Ramli (1226)
Windflower (P4-B1-3)
Spiced Cider (06-C2-2)
Wild Iris (872)
Sapling (493)
Cat Warna yang harus dihindari!
Warna yang terlalu terang perlu dielakkan untuk dinding bilik tidur seperti merah atau jingga kerana ia dianggap sebagai rona tenaga dan membangkitkan semangat.
Sebuah kajian pada tahun 2014 mendapati, warna merah dapat merangsangkan perasaan 'fight or flight' (melawan atau lari) sehingga membuatkan kita berasa berjaga-jaga dan sukar tidur.
Warna merah patut dielakkan terutamanya pada dinding bilik tidur.
Warna kelabu gelap juga tidak disarankan kerana ia dapat menimbulkan perasaan tidak pasti.
Bukan sahaja warna tetapi jenis cat juga perlu diberi perhatian. Elakkan menggunakan cat berkilat (glossy) kerana ia dapat memantulkan cahaya serta merangsang otak yang pada akhirnya membuatkan kita sukar tidur.
Saya suka warna biru, cat bilik tidur warna biru adakah sesuai?