CAT YANG SESUAI UNTUK SILING DAN CARA MENGECATNYA

Siling biasanya dicat putih menggunakan cat emulsion jenis acrylic matt.

 

Siling biasanya dicat putih menggunakan cat emulsion jenis acrylic matt.

Siling biasanya dicat putih menggunakan cat emulsion jenis acrylic matt.

Sebabnya:
  • Cat matt berasaskan air ini tidak menyilaukan mata.
  • Siling biasanya kurang disentuh, jadi tidak memerlukan cat glossy atau jenis yang tahan lasak.
  • Cat jenis matt ini boleh menutup ketidaksempurnaan siling.
  • Ia memberi kesan luas pada bilik.


Dulu-dulu penggunaan cat semi gloss agak popular untuk cat siling dapur, bilik air atau mana-mana area yang mempunyai kelembapan tinggi.


Ini kerana cat semi gloss lebih tahan lasak untuk menahan hakisan kesan lembap.

Tetapi zaman berubah begitu juga teknologi. Cat berasaskan air yang ada di pasaran sekarang banyak yang dipertingkatkan supaya lebih lasak.

Korang hanya perlu pilih cat yang sesuai.

maxilite-white-cat-siling

Ada pelbagai jenis cat untuk siling dari pelbagai jenama yang korang boleh beli di kedai cat.
Tiga jenama cat ini yang sering kami guna untuk cat siling:
  • Maxilite.
  • Matex.
  • Jotaplus.
Maxilite dikeluarkan oleh AkzoNobel syarikat yang sama mengeluarkan cat Dulux. Matex adalah dari Nippon Paint. Dan jotaplas pula adalah dari syarikat pengeluar cat Jotun.

jotaplast-cat-siling

Di antara ketiga-tiga ini mana yang lebih baik kualitinya? Dan bagaimana pula harganya?

Berdasarkan pengalaman kitorang guna ketiga jenama ini, bezanya tidak ketara dari segi hasil penggunaannya.

Kualiti juga lebih kurang sama, memang sesuai untuk cat siling sebab ia mudah kering. Ia bukan terhad pada siling saja, korang boleh guna juga untuk cat dinding dalaman.

matex-cat-siling

Cat jenis ini dijual dalam tong 1 liter, 7 liter dan 18 liter.
  • 1 liter = rm14+.
  • 7 liter = rm32-rm40.
  • 18 liter = rm63-rm75.
Harga berbeza di antara satu kedai dengan kedai yang lain. Untuk setiap jenama pun harganya sekitar itu saja.

Korang dah pun tau cat jenis apa yang nak digunakan untuk siling.


CARA MENGECAT SILING RUMAH 

Anda merancang nak cat dinding rumah? Kenapa tidak cat siling sekali? Siling rumah anda cat  mungkin masih nampak okay. Tapi sebaik anda selesai mengecat dinding, siling akan mula nampak kusam dan lama. Satu lapisan cat baru boleh merubah keadaan ini.

Mengecat siling agak jimat masa berbanding mengecat dinding. Cuma ia memerlukan lebih sikit tenaga. Nak cat siling secara mudah dan teratur? Ikut langkah di bawah.

Sebelum Anda Mula.

Jika anda merancang nak cat dinding, mulakan dengan siling dulu. Kalau ada cat yang menitik atau terpercik ke dinding, ia mudah disapu nanti. Kalau anda cuma nak cat siling aje, hati-hati supaya tak menitik ke lantai. Kalau menitik juga, cepat-cepat sapu sebelum ia kering.

Langkah 1 - Alas Perabut Dan Lantai Anda.

Alas dan keluarkan perabut dari kawasan yang nak di cat lebih dulu. Ini supaya perabut anda bebas dari kesan tompokan cat. Anda pun lebih bebas untuk bergerak dan mengecat. 

Bila selesai mengalas semua perabut, alas pula lantai dengan plastik atau kain terpakai. Kalau kain terpakai tak cukup besar, tutup aje dulu di kawasan yang anda sedang bekerja.

Langkah 2 - Pasang Tape.

Tujuan lekatkan tape supaya pemisahan siling dan dinding nampak serata dan lurus. Ia juga menghalang cat dari terkena dinding. Pasang tape ini di sekeliling tepi dinding yang bertemu dengan siling. 

Kalau siling rumah anda jenis plaster dan ada bingkai, lekatkan tape pada bingkainya juga. Pastikan tape bebas dari kesan minyak atau gelembung. Cuba lekat dan tampal selurus yang boleh.

CAT YANG SESUAI UNTUK SILING DAN CARA MENGECATNYA

.

Langkah 3 - Cat Bucu Dan Tepi.

Ini adalah langkah mengecat tepi atas dan bucu antara dinding dan siling. Roller tak dapat sampai ke bahagian ini. Anda kena pakai berus cat. Bila selesai pasang tape, anda dah boleh mula cat bahagian ini. Berhati-hati panjat tangga. Pakai berus cat saiz 2 inci besar. Cat di keseluruhan tepi.

Langkah 4 - Mengecat Permukaan Siling.

Tuang cat ke dalam bekas roller. Pasang kayu panjang pada roller anda. Celupkan roller anda ke dalam bekas cat secara perlahan. Pastikan semua bahagian roller span anda dilitupi cat. Hati-hati supaya cat tidak meleleh. 

Bila cat siling pakai roller, cat secara zigzag. Lakukan secara berulang dalam kawasan 3-4 kaki persegi. Kemudian bilas semula dengan cat secara lurus. Ini adalah supaya cat nampak selari dan tidak meninggalkan kesan garis.

Teruskan mengecat sehingga semua permukaan siling dicat keseluruhan. Jika anda terus mengecat dalam keadaan cat yang masih basah, kesan dari sapuan cat tidak nampak ketara. Bila cat di siling dah mula kering, sapu lapisan kedua cat.

Langkah 5 - Pembersihan.

Anda dah selesai mengecat. Bila cat dah kering, perlahan-lahan tanggalkan tape pada dinding dan siling. Basuh berus, roller dan bekas cat. Cat air boleh basuh guna sabun dan air biasa.

Senangkan?