NAMA KUCING POPULAR DI MALAYSIA

Mengikut data yang kami perolehi, nama kucing Oyen adalah paling popular.

Diketahui penduduk Malaysia merupakan salah satu negara yang sangat menyayangi kucing sehingga ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kucing mereka.

Namun itu bukanlah fakta yang menarik. Fakta yang menarik ialah pilihan nama untuk kucing yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia.

Sumber: Petotum

Mengikut data yang kami perolehi, nama kucing Oyen adalah paling popular. Oyen adalah kucing yang berwarna oren dan kebanyakannya adalah jantan. Kucing oren biasanya sangat peramah dan mesra dengan orang lain.

2. Luna

Nama kucing Luna biasanya diberi kepada kucing betina. Nama Luna kemungkinan diambil dari artis popular korea ataupon indonesia.

3. Leo

Leo juga adalah antara nama yang popular diberikan kepada kucing berwarna oren. Leo diambil sempena bintang ziodak Leo 23 Julai - 22 Ogos.

4. Simba

Simba adalah karakter animasi Disney pada tahun 1994 yang biasa digelar "simba the lion king". Nama simba juga biasa diberi kepada kucing berwarna oren dan juga kucing jantan.

5. Miko

Nama kucing Miko kemungkinan berasal dari Jepun. Ia begitu popular diberikan kepada kucing betina.

6. Baby - Kucing comel

Kebanyakkan pemilik kucing menjadikan kucing sebahagian dari keluarga. Nama Baby juga popular disebabkan telatah kucing mereka yang manja, comel dan mencuit hati.

7. Kiki

Nama Kiki banyak disebut-sebut dalam dunia animasi kanak-kanak. Nama ini mungkin juga dipilih bagi memudahkan kanak-kanak berinteraksi dengan si manja.

8. Mochi

Mochi adalah makanan popular di Jepun iaitu "Japanese rice cake". Ia begitu comel dan bulat sehingga menjadi pilihan nama kucing.

9. Loki

Nama Loki juga merupakan karakter popular siri TV dan filem Marvel Thor. Ia menjadi pilihan nama kucing paling popular di Malaysia.

10. Mimi

Mimi juga adalah nama kucing yang popular di Malaysia. Ia juga adalah antara nama pilihan kepada pemilik kucing betina.