APA ITU TOP NOTES, MIDDLE NOTES DAN BASED NOTES

APA ITU TOP NOTES, MIDDLE NOTES DAN BASED NOTES

 

APA ITU TOP NOTES, MIDDLE NOTES DAN BASED NOTES

Pernah tak bila kita membeli perfume, semasa bau di kedai aromanya begitu segar dan wangi, tetapi bila sudah di rumah, aroma wangiannya berubah bahkan cenderung menjadi lebih kuat dan tajam. 

Jangan risau bila perfume yang kita beli berubah-ubah aroma wangiannya, karena itu memang sifat perfume. Aroma wangiannya akan berbeza-beza pada awal pemakaian dan akan berubah beberapa waktu kemudian.

Dapatkan Minyak Wangi Lelaki DESIRE kami DISINI

TOP NOTES

Top notes adalah bau yang terbit sebaik kita menyembur minyak wangi, tujuannya adalah untuk memperkenalkan pemakai untuk sesuatu wangian dan berfungsi sebagai kesan pertama. Mereka terdiri daripada sebatian yang paling tidak menentu, dan cepat menguap. Kebiasaannya 1st notes adalah yang paling ringan, kuat, tajam dan bertahan antara 15 minit hingga satu jam. Selalunya bau top notes minyak wangi yang dihidu terdiri daripada bau bunga-bungaan, sitrus, buahan, bedak dan rempah.

 

MIDDLE NOTES

Sebaik sahaja top notes semakin pudar/hilang, heart notes/2nd notes menyusuli dan selalunya adalah elemen terpenting dalam minyak wangi, heart notes akan bertahan antara tiga hingga lima jam selepas disembur. Ia selalunya bau bunga-bungaan, buah-buahan atau rempah yang lebih pekat.

 

BASED NOTES

Akhir sekali haruman based notes iaitu lebih pekat dan menarik perhatian serta mampu bertahan antara lima hingga 8 jam. Baunya terdiri daripada kayu gaharu, vanila, tar, kulit, tembakau atau musk.

Namun ketahanan bau minyak wangi bergantung kepada faktor dalam dan luaran individu yang memakainya. Apabila kita hendak menghidu aroma wangian perfume, janganlah menghidunya pada botol atau pada ‘smell card’ yang sudah disemburkan perfume tetapi semburkan pada tubuh kita. Aroma wangiannya yang kita hidu akan lebih tepat.

Untuk perfume yang berkualiti dan mudah dibawa kerana saiz yang kecil dapatkan segera HG Desire Untuk Lelaki dengan kandungan 30 ML